Date
Breast Cancer Ribbon

Contest Kenangan Berpuasa Zaman Kanak2

posted by:
ummie_mirahaziq

Nie kawan2 ader contest..sempena ramadhan yang mulia nie ada blog mama yg anjurkan contest kenangan berpuasa..so naik join leh klik link banner di sebelah sana atau link nie mamamanja

Contest ni akan bermula pada hari ini,
22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
(kesilapan tarikh di banner sila abaikan)
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.

Kenangan berpuasa zaman kanak-kanak yang tak kan aku lupakan malah sentiasa menjadi bualan aku dan suamiku..erm..aper kait-mengaitnya kisah ini dan suami ku???ikuti kisah di bawah ini.

Zaman berpuasa kanak-kanak adalah zaman yg tidak pernah dilupakan. Aku mula berpuasa sewaktu umurku 5 tahun. Herm..cepat tul berpuasa..bukan per sebab mak dah janji kalu puasa penuh nak kasi 5 posen..so budak-budak 5 posen masa tu besar nilainya. Nanti dapat banyak duit raya..

Kalu selalu dengar cita kenangan berpuasa kanak-kanak ada yang selalu mengelat..aku..o..tidak..cewah masuk bakul angkat sendiri. Betui aku tak ngelat..cuma niat nak puasa jer tak betui..sebab nak kumpul duit raya..he..he..Pernah suatu hari sewaktu mak aku bukak majalah nak cari resepi nak masak..aku nie beriya la tengok..ada satu gambar biskut raya tu..sedap tul..aku suruh mak aku buat time bukak posa nanti. Herm..time tu tgk gambar pun rasa dah terliur..meleleh air liur tu.

Aku tinggal di kawasan taman namun terdapat kawasan kampung berhampiran rumah ku..walaupun hidup di taman namun aku ada ramai geng..Ktorang siap ader 'tok ketua' lagi. Masuk jer bulan posa dah ada macam-macam planning dah ktorang nie..Siang hari ktorang akan pusing satu taman..buat per..erm..nak g tangkap reriang..korang tau reriang tu binatang aper? alah binatang yg bising tu bila kita tangkap dia..so ktorang akan cari kat kawasan taman ktorang. 'Tok ketua' akan bawa reriang tu pusing taman. Reriang tu ktorang taruk dlm plastik..ha..korang tau aper effectnyer kalu reriang penuh dlm plastik..ha..satu taman leh dgr riuh reriang tu..ha..ha..nakal tu ktorang nie kan..

Satu hari ketika malam tujuh likor..ha..tau kan malam yang orang pakat hias pelita tu..siap buat mcm2 bentuk tu..kat kampung-kampung berhampiran banyak yg buat.So'tok ketua' ktorang pun per lagi ajak la ktorang g ronda dr kampung ke kampung. Wah...cantik tul..time tu seronok tau ronda-ronda ramai-ramai naik beskal. Bila penat ktorang lepak ler kat pokok besar kat ujung kampung tu..tetiba 'tok ketua' berkata

" wei apa benda putih kat atas tu??"

Belum sempat nak toleh atas semua dah pecut.Bukak langkah seribu..Nie masuk olimpik leh pecah rekod tu..yg paling last sampai aku la..sebab aku paling kecik. Sekali tah dtg dr mana tunggul kayu tah..gelap la katakan..Buk..!!aku tersungkur..betui2 depan 'tok ketua' ktorang. Hampeh tul kayu nie.Kah...kah...'tok ketua' gelak besar..e..malunya...

"Hang nampak apa tadi?" salah sorang 'anak buah' bersuara.

"La aku suruh korang tgk ats ada benda putih..yang korang g lari tu pasai apa?" 'tok ketua' bersuara.

"mana tau aku ingat antu..tu yg pecut tu"

"bulan posa antu kena ikat la..mak aku bgtau" aku bersuara tersedu..sedu..sakit jatuh tadi..

Keesokkan harinya di siang hari..'tok ketua' menyarankan agar ktorg g melawat tapak kejadian untuk pastikan apakah sebenar benda putih tu..alah ari siang semuanyer berani..terutama aku la..kalu korang nak tau group aku nie, akulah yg paling kecik sekali..yg lain semuanyer besar2..umurnyer..

Tiba di tempat kejadian..aku dgr 'tok ketua' dah gelak besar dah..ktorg heran apsal dia ketawa

"wei tu layang-layang jer la..tersangkut kat pokok..ha..ha.."

ktorg semua ketawa..

"ha..kan aku dah bilang mana ada antu bulan posa nie"hik..hik aku gelak

"tapi lagi dasat ada lak 'anak antu' jatuh dr pokok" 'tok ketua' bersuara...

"sapa anak antu tu??" tanyer salah sorang 'anak buah'

"reen la..siap gedebuk bunyinyer.." ha..ha.. semua ketawa

aku diam malu..dlm hati berkata "ko tak tau sakit aku jatuh 'tok ketua' oi.."

sehingga sekarang bila tiba ramadhan suamiku akan bertanya " een sakit tak jatuh aritu?" kalu korang nak tau ' tok ketua" tu adalah suamiku sewaktu kecil..rumah kami berhampiran..dulu waktu remaja, bila orang tanya aku " nanti hang nak kawin orang mana?" aku akan jawab.."alah orang sebelah umah jer"..ha tengok jodoh tu..tup..tup..memang depan umah..amik kau.. Dan kenangan tu terpahat dlm hati kami berdua..sedangkan sewaktu kecil tak pernah terpikir aku akan bersuamikan orang dekat..alhamdulilah tahun nie kami akan celebrate ulangtahun perkahwinan ke 3 tahun..semoga ramdhan kali nie kita akan mendapat berkat darinya..amin..


hr

One Response to “Contest Kenangan Berpuasa Zaman Kanak2”

  1. Mamamanja says:

    salam...

    thnx sudi join contest MM

    setelah disemak... x jadik follower lagi erk??

Leave a Reply

Tetamu yg melawat

counter website design
Provided by website design companies guide.

meh ler rajin2 klik

Dikuasakan oleh Blogger.

Followers